Apakah Pancingan Data Akaun?

Percubaan untuk menipu pengguna lain supaya memberikan kata laluan dan maklumat log masuk biasanya dipanggil "pancingan data".

Sokongan Steam tidak menggunakan rangkaian Rakan untuk menghubungi pengguna dan kami juga tidak akan meminta maklumat CD Key atau maklumat pembelian kad kredit melainkan anda telah menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan dengan menggunakan Sistem Sokongan Steam.

Selalunya, laman yang menyamar sebagai laman web rasmi Steam akan meminta maklumat log masuk yang biasanya menawarkan kunci percuma, tawaran permainan, dsb. Berhati-hati dengan laman palsu dan pastikan anda melayari laman Steam rasmi yang selamat.

Bagaimanakah saya tahu sama ada sesebuah laman web selamat?

Semua log masuk rasmi Steam diarahkan ke domain steampowered.com atau steamproxy.com.

Jika anda mengesyaki sesebuah laman yang meminta maklumat log masuk anda bukan laman rasmi Steam, jangan masukkan sebarang maklumat pada laman tersebut dan abaikannya.

Berikut ialah contoh URL rasmi Steam untuk pelbagai pelayar:

Ingat, hanya kerana anda telah mendayakan Pengawal Steam, tidak bermakna anda selamat sepenuhnya daripada percubaan pancingan data akaun. Sentiasa berwaspada terhadap laman yang anda lawati.

Masih memerlukan bantuan?
Hubungi Sokongan Steam