Sertai kumpulan
Sertai Kumpulan Steam Trading Card untuk membaca pengumuman kemas kini, menyemak forum pertukaran, dan memberikan maklum balas tentang cara kami boleh menambah baik ciri baharu ini.
Steam Trading Card
Soalan Lazim
Apakah Steam Trading Card?
Steam Trading Card ialah kad koleksi yang anda peroleh dengan bermain permainan di Steam. Kumpulkan satu set kad untuk mendapatkan item yang membantu anda menyesuaikan profil dan mempamerkan permainan anda.
Bagaimana saya boleh mendapatkan trading card?
Anda boleh mendapatkan Trading Card hanya dengan bermain salah satu permainan yang mengambil bahagian. Semasa anda bermain, anda akan menerima drop trading card sekali-sekala yang akan diletakkan dalam Inventori Steam anda.
Adakah terdapat had kepada bilangan trading card yang boleh drop?
Kebanyakan permainan akan memberikan sejumlah kad bersamaan dengan separuh bilangan kad dalam set kad permainan tersebut. Contohnya, Half-Life 2 mempunyai 8 kad dalam set tersebut. Anda boleh mendapatkan 4 drop kad dengan memainkannya. Anda perlu mengumpul separuh lagi set daripada ahli komuniti yang lain. Cuba sertai perbincangan kumpulan beta, pasaran komuniti, barter dengan rakan dan bertukar pendapat. Anda boleh menyemak jumlah drop yang masih tinggal di halaman lencana anda.
Bagaimana dengan permainan main percuma seperti Team Fortress 2 atau Dota 2?
Permainan main percuma memberikan drop kad permainan berdasarkan pembelian dalam permainan anda. Untuk setiap USD$9 yang dibelanjakan (anggaran) sejak permulaan Beta Steam Trading Card, anda akan memperoleh satu drop kad. Kad akan drop semasa anda bermain. Jika anda telah membuat pembelian dalam permainan di Dota 2 atau Team Fortress 2 sebelum Beta Steam Trading Card, atau jika anda memiliki Team Fortress 2 sebelum kemas kini main percuma, anda akan mempunyai 4 atau 5 drop kad tambahan yang tersedia.
Bagaimana saya boleh mendapatkan Pek Booster?
Setelah anda menerima semua drop kad, anda layak mendapat Pek Booster, iaitu set yang mengandungi 3 Trading Card yang mungkin termasuk kad asas dan kad foil. Pek Booster diberikan secara rawak kepada pengguna yang layak apabila lebih banyak lencana dicipta oleh ahli komuniti. Pastikan anda log masuk ke Steam setiap minggu untuk mengekalkan kelayakan.

Setelah layak, Tahap Steam anda meningkatkan peluang anda menerima drop Pek Booster:
  • Tahap 10: Peningkatan +20% dalam kadar drop anda
  • Tahap 20: Peningkatan +40% dalam kadar drop anda
  • Tahap 30: Peningkatan +60% dalam kadar drop anda
  • Tahap 40: Peningkatan +80% dalam kadar drop anda
  • Tahap 50: Peningkatan +100% dalam kadar drop anda (cth. kadar telah berganda)
  • Dsb.
Bagaimana saya tahu jika saya boleh mendapat drop kad dan Pek Booster?
Daripada halaman Lencana anda, tetingkap "Bagaimana cara mendapat drop kad?" memaparkan jumlah kad yang telah anda peroleh, cara untuk mendapatkan lebih banyak lagi atau jika anda layak menerima drop Pek Booster pada masa ini.
Bagaimana saya tahu rakan mana yang boleh membuat pertukaran dengan saya?
Daripada halaman lencana anda, tab "Kemajuan Lencana" menunjukkan Steam Trading Card yang anda miliki, berapa banyak kad lagi yang boleh diperoleh daripada bermain permainan, dan jumlah yang diperlukan untuk melengkapkan satu set. Mengklik pada kemajuan lencana akan menunjukkan senarai rakan anda yang mempunyai kad yang tiada dalam set tersebut, dan pautan untuk menghantar mesej kepada mereka bagi memulakan petukaran. Contohnya, Cyl dan Tappet memiliki TF2 dan Portal 2. Tappet nampak Cyl mempunyai kad Portal 2 yang diperlukan untuk melengkapkan lencana Portal 2 miliknya. Tappet memulakan pertukaran dengan Cyl dan memberikan kad TF2 sebagai ganti untuk kad Portal 2 milik Cyl. Kini Tappet boleh melengkapkan lencana Portal 2 miliknya.
Permainan mana yang memberikan drop Trading Card?
Terdapat senarai lengkap permainan yang mengambil bahagian tersedia di Steam Store. Kami akan menambah lebih banyak permainan lagi apabila selesai.
Apakah lencana?
Lencana ialah ikon pada profil anda (dan terikat pada akaun anda) yang mewakili set Trading Card yang telah anda kumpulkan atau penyertaan anda dalam sesuatu acara.
Bagaimana saya mencipta lencana?
Dari halaman Profil anda, klik pada pautan "Lencana" berhampiran bahagian atas lajur kanan atau pilih "Lencana" dari menu juntai bawah nama persona anda di menu Steam. Dari halaman Lencana anda, tab "Kemajuan Lencana" akan menunjukkan lencana yang sedia untuk dicipta. Pilih lencana yang sedia untuk dihasilkan untuk melihat butiran dan klik pada butang biru "Cipta Lencana".
Bagaimana saya boleh melihat kad yang saya ada, atau belum ada?
Daripada halaman Lencana anda, di bawah tab "Kemajuan Lencana", pilih satu lencana untuk melihat set kad, termasuk kad yang anda miliki dan belum ada.
Apa yang saya dapat apabila mencipta lencana daripada Trading Card saya?
Selain memperoleh Lencana Permainan, anda akan menerima:
  • item emotikon rawak yang dicipta untuk permainan ini, boleh digunakan dalam sembang atau perbincangan;
  • item latar belakang profil rawak yang dicipta untuk permainan ini, boleh digunakan pada profil Komuniti Steam anda
  • peluang untuk mendapat kupon diskaun untuk permainan atau DLC berbeza
  • 100XP, yang boleh meningkatkan Tahap Steam anda
Jika Tahap Steam anda meningkat, had saiz senarai rakan anda akan bertambah sebanyak lima. Anda juga berpeluang membuka keupayaan untuk menyesuaikan profil anda dengan pameran.
Bolehkah saya menaik taraf lencana permainan saya?
Jika anda mengumpul satu set Trading Card lengkap lagi untuk permainan yang sama, anda boleh menaik taraf lencana permainan tersebut. Anda boleh mencipta set untuk permainan yang sama sehingga lima kali. Setiap kali anda menaik taraf lencana permainan, 100XP akan ditambah, dan juga menaik taraf imej serta tajuk lencana tersebut.
Apakah Tahap Steam saya?
Tahap Steam anda ialah ringkasan lencana anda dan menunjukkan koleksi Trading Card serta penyertaan dalam acara Steam. Setiap lencana yang diperoleh meningkatkan XP anda dan setiap 100 XP memberikan anda Tahap Steam tambahan (sekurang-kurangnya pada peringkat awal).
Bagaimana saya boleh menampilkan lencana?
Anda boleh memilih mana-mana lencana yang siap daripada halaman Lencana anda. Lencana pilihan akan dipaparkan di bahagian atas profil anda dan dalam profil mini yang muncul apabila tetikus digerakkan atas avatar anda.
Bolehkah saya membeli dan menjual Trading Card di Pasaran Komuniti?
Ya, Trading Card boleh ditukar dengan pengguna lain dan dibeli atau dijual di Pasaran Komuniti.
Saya mempunyai permainan di Steam, bagaimana permainan saya boleh mengambil bahagian?
Arahan dan alatan untuk Trading Card boleh didapati di bawah tab Komuniti dalam Pentadbir Aplikasi anda di Steamworks.
Bagaimana saya boleh menyumbang latar profil dan emotikon baharu?
Kami akan bekerjasama dengan pembangun permainan terlebih dahulu untuk mendapatkan sumbangan mereka. Tetapi selepas keluaran, kami akan mempertimbangkan menambah Workshop bagi item komuniti.
Bilakah anda akan menambah lebih banyak permainan dan lencana?
Penambahan permainan baharu akan berjalan perlahan pada peringkat awal, sementara kami menyelesaikan sebarang isu dengan sistem atau kandungan. Setelah semuanya berjalan lancar, kami berharap dapat menambah lebih banyak permainan.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak berpuas hati dengan pertukaran yang dibuat?
Semua pertukaran adalah muktamad. Pastikan anda memang ingin membuat pertukaran sebelum mengesahkan.
Berapa banyak lencana yang diperlukan untuk meningkatkan Tahap Steam saya?
Apabila anda bermula, setiap lencana yang dicipta meningkatkan tahap anda. Kebanyakan lencana akan memberikan 100 XP, dan 100 XP diperlukan untuk mencapai tahap seterusnya. Jumlah XP yang diperlukan akan meningkat setiap 10 tahap. Jadi, selepas Tahap Steam 10, 200 XP diperlukan bagi setiap tahap, selepas Tahap 20, 300 XP diperlukan bagi setiap tahap, dsb.
Apakah tujuan Tahap Steam saya?
Tahap Steam adalah cara pantas untuk pengguna melihat sejauh mana seseorang telah melabur dalam akaun Steam mereka. Pada masa ini, terdapat beberapa cara sahaja untuk mendapatkan lencana. Tetapi, kami berharap dapat menambah lebih banyak cara yang mencerminkan sumbangan pengguna.
Apakah faedah langsung daripada Tahap Steam saya?
Anda mendapat lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan profil anda dan bilangan maksimum rakan dalam senarai rakan anda akan turut meningkat.
Adakah terdapat cara lain untuk memperoleh lencana selain bermain permainan?
Lencana Komuniti Steam, yang diperoleh dengan melakukan beberapa tugas asas di Steam adalah cara paling mudah untuk mendapatkan lencana. Lencana Tahun Perkhidmatan (diberikan pada ulang tahun penciptaan akaun anda) akan memberi lebih banyak XP mengikut usia akaun anda secara automatik. Acara khas di Steam juga kerap menawarkan lencana. Kami berharap untuk terus menambah lebih banyak cara untuk anda mendapatkan lencana.
Apakah pameran?
Pameran ialah cara untuk menyesuaikan profil anda dengan perkara yang menarik minat anda di Steam. Terdapat pelbagai pameran istimewa untuk dipilih, termasuk permainan kegemaran anda, pencapaian terbaik, syot layar, item maya, dan lain-lain.
Bagaimana saya boleh menambah pameran ke profil saya?
Setelah anda mencapai Tahap Steam 10, anda boleh memilih dan menyesuaikan pameran daripada halaman edit profil. Setiap 10 Tahap Steam memberikan anda satu pameran tambahan. Cth. Dua pameran pada Tahap 20, tiga paparan pada Tahap 30, dsb.
Apakah Emotikon Steam?
Emotikon ialah imej kecil yang bertema untuk permainan tertentu. Anda boleh mendapatkan emotikon daripada mencipta Lencana Permainan. Anda boleh memasukkannya dalam sembang Steam, siaran papan perbincangan, thread komen, dsb. Emotikon ini boleh dilihat dalam Inventori Steam anda dan boleh ditukar dengan pengguna lain atau menjualnya di Pasaran Komuniti Steam.
Apakah Latar Belakang Profil?
Latar profil ialah imej bersaiz besar yang bertema untuk permainan tertentu. Anda boleh mendapatkan latar beakang profil daripada mencipta Lencana Permainan. Anda boleh memilihnya untuk dipaparkan sebagai latar belakang pada Profil Komuniti Steam anda. Latar belakang profil ini boleh dilihat dalam Inventori Steam anda dan boleh ditukar dengan pengguna lain atau menjualnya di Pasaran Komuniti Steam.
Apakah Foil Trading Card?
Setiap kali anda menerima Trading Card daripada bermain sesuatu permainan, terdapat peluang kecil kad tersebut mempunyai bingkai foil khas. Anda perlu mengumpul satu set kad foil untuk menciptanya menjadi lencana foil. Tiada manfaat tambahan daripada memiliki kad foil atau lencana foil selain daripada keunikannya.
Adakah terdapat permainan yang saya boleh mainkan dengan kad?
Steam Trading Card adalah tentang proses mengumpul dan menukar kad, tiada permainan khusus yang menggunakannya. Namun, ini idea yang bagus dan sesuatu yang kami ingin pertimbangkan untuk ditambah pada masa hadapan atau mungkin mencari cara untuk membolehkan pengguna membina permainan menggunakan kad yang mereka miliki.
Adakah saya akan mendapat Trading Card dengan menyelesaikan pencapaian dalam permainan?
Trading Card kini diberikan berdasarkan masa bermain dalam sesuatu permainan, tanpa mengira pencapaian yang diperoleh. Kami pasti akan meneliti kemungkinan menambah lebih banyak peraturan tentang cara kad diberikan pada masa hadapan. Namun, terdapat beberapa masalah dengan pencapaian dalam permainan yang menghalang kami daripada menggunakannya sekarang. Banyak permainan mempunyai pencapaian yang memerlukan usaha berlebihan atau tidak menyeronokkan untuk dicapai, dan kami mahu proses mendapatkan kad permainan menyeronokkan untuk semua pengguna. Kami juga tidak mahu mendorong pengguna menipu atau menggunakan alat membuka pencapaian dalam permainan untuk mendapatkan kad kerana ini mengurangkan nilai pencapaian dan juga tidak menyeronokkan. Pencapaian masih bernilai, dan menampilkan Pameran Pencapaian pada profil komuniti anda adalah cara terbaik untuk menunjukkan pencapaian yang jarang diperoleh.