Memperkenalkan
Steam Trading Card ialah kad maya yang diperoleh dengan bermain permainan di Steam. Set kad boleh ditukar menjadi lencana permainan dan item komuniti Steam yang boleh ditukar.
Kumpul kad
Main mana-mana permainan Trading Card yang mengambil bahagian untuk mendapatkan Trading Card. Sehingga separuh set kad diperoleh melalui permainan, separuh lagi diperoleh melalui kebolehan anda untuk mengumpul.
Lihat permainan yang mengambil bahagian yang anda miliki
Cipta lencana permainan
Setelah anda mengumpulkan satu set kad, anda boleh menciptanya menjadi lencana permainan. Seperti lencana semasa, ia terikat pada akaun anda dan dipaparkan pada profil. Berbeza dengan lencana semasa, mencipta lencana permainan akan memberikan anda item yang boleh dipasarkan seperti emotikon, latar belakang profil dan kupon. Naikkan tahap lencana anda dengan mengumpulkan set sekali lagi dan memperoleh lebih banyak item.
Naik Tahap
Semua lencana kini mempunyai XP yang menyumbang kepada Tahap Steam anda, ringkasan koleksi lencana anda. Anda boleh melihat Tahap Steam seseorang dengan menggerakkan tetikus ke atas avatar mereka. Meningkatkan tahap akan memberikan anda item yang tidak boleh ditukar seperti paparan profil, slot senarai rakan tambahan dan banyak lagi.
Dapatkan ganjaran untuk mencipta lencana
Semasa mencipta lencana, anda akan menerima ganjaran rawak daripada set item berkaitan permainan. Item ini boleh ditukar dan hanya boleh digunakan semasa anda memilikinya.
Latar belakang profil
Sesuaikan profil anda dengan imej latar belakang.
Kupon
Anda mungkin boleh memperoleh kupon permainan atau DLC.
Emotikon
Emotikon Steam boleh digunakan di mana-mana sahaja di Steam yang membolehkan anda menaip, seperti sembang, perbincangan dan profil.
Pameran Profil
Pilih perkara yang anda mahu pamerkan. Apa yang unik tentang anda? Mengikut Tahap Steam anda, anda boleh menyesuaikan profil dengan pameran. Pamerkan permainan kegemaran anda, item untuk ditukar, mod Workshop atau mungkin syot layar kegemaran anda...
dan banyak lagi.
Pamerkan
Pamerkan lencana anda, Tahap Steam, dan permainan dengan profil baharu dan profil mini.
Tampilkan lencana
Pilih lencana untuk dipaparkan di bahagian atas profil anda dan dalam profil mini yang muncul apabila tetikus digerakkan atas avatar anda.
Profil dikemas kini
Profil kini mendapat penampilan baharu dan fokus yang lebih tertumpu pada permainan yang anda mainkan serta cara anda menyertai Steam. Dengan pameran, anda boleh menentukan apa yang ingin ditampilkan.
Aktiviti permainan terkini
Permainan, pencapaian dan sumbangan kandungan semuanya digabungkan menjadi blok dalam aktiviti permainan Terkini.

Rakan anda boleh melihat permainan yang anda mainkan dan prestasi anda sekilas pandang.