Hab Permainan ialah koleksi perbincangan berfokuskan permainan, item Workshop, syot layar, video dan berita. Hab mengandungi kandungan yang dibuat oleh komuniti dan juga rasmi, yang dinilai oleh anda, pengguna Steam.
Semua di satu tempat
Kini semua kandungan komuniti dan permainan rasmi berada di satu tempat, Hab Permainan: Syot layar, video, item Workshop, berita dan perbincangan semuanya mudah diakses.
Perbincangan
Setiap Hab mempunyai tab Perbincangan. Kini anda boleh berbual tentang permainan kegemaran anda tanpa perlu memasuki Forum Steam.
Dikurasi oleh pemain
Kandungan paling popular yang dinilai oleh anda dan ahli komuniti lain akan dipaparkan di bahagian atas Hab. Kini, mudah untuk melihat kandungan yang terbaik dan paling aktif sekarang.
Setiap permainan mempunyai hab
Anggap ini sebagai pelengkap dalam Gedung. Setiap permainan di Steam mempunyai Hab untuk menunjukkan berita terkini dan aktiviti dalam komuniti.
Sejak pelancaran Komuniti, pemain Steam telah mencipta lebih daripada 2.5 juta kumpulan, mengumpulkan rakan-rakan dan pemain lain yang sekepala untuk berbincang tentang minat yang sama. Sama ada kumpulan ini berkaitan dengan permainan tertentu atau hanya terdiri daripada rakan-rakan yang ingin bermain bersama, kami memudahkannya lagi untuk mereka berkongsi dan menikmati pengalaman permainan.
Susun atur baharu
Susun atur kumpulan yang diperbaharui memudahkan anda melihat perihal kumpulan, siapa ahlinya dan aktiviti terkini mereka. Kami telah menambah gambaran keseluruhan kumpulan, paparan rakan dan banyak lagi.
Perbincangan Kumpulan
Paling penting, setiap kumpulan kini akan mempunyai ruang perbincangan mereka sendiri, yang membolehkan perbincangan awam dan peribadi dalam kumpulan. Anda mendapat kawalan moderator sepenuhnya ke atas forum kumpulan anda, dengan keupayaan untuk mencipta subforum, menambah moderator, memadam siaran, dsb.
Lebih Diperibadikan
Setiap kumpulan kini boleh menyenaraikan permainan kegemaran mereka untuk ditemui oleh orang lain. Anda juga boleh menetapkan bahasa lalai untuk kumpulan tersebut.
Kandungan yang anda terbitkan juga akan menerima pembaharuan. Kami telah mengumpulkan semua kandungan yang anda cipta di satu tempat untuk memudahkan anda mempamerkan dan menguruskannya. Ini juga terpakai kepada semua rakan dan serta individu yang anda ikuti.
Dinding imej saya
Halaman syot layar kini akan mempunyai beberapa pilihan paparan berbeza, dengan susun atur baharu yang menjadikan detik permainan terbaik anda nampak seperti karya seni.
Di satu tempat
Sama ada anda mengambil syot layar, rakaman semula, pautkan video dari YouTube, terbitkan dari SFM, muat naik Item Workshop, atau mencipta Koleksi Workshop, semua kandungan anda mudah diakses dari profil anda.
Kegemaran
Menemui syot layar, video atau item Workshop yang menarik? Kini anda boleh tandakannya sebagai kegemaran supaya mudah dicari dan berkongsi dengan rakan-rakan anda.
Kami telah memisahkan Rakan anda daripada Komuniti yang lebih besar dan kini setiap satu mempunyai kawasan tersendiri dalam Steam. Komuniti kini merujuk kepada keseluruhan Komuniti Steam dan merupakan tempat bagi Hab Permainan, Steam Workshop dan Steam Greenlight. Ruang Rakan kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada anda dan rakan anda.
Aktiviti rakan baharu
Lihat aktiviti Rakan anda dalam suapan baharu yang lebih menarik secara visual dan interaktif, yang membolehkan hampir semua perkara dinilai dan diberi komen. Kongsikan pendapat anda, ejek atau bantu rakan anda, simpan kandungan hebat ke Kegemaran dan tingkatkan penilaian kandungan rakan anda untuk membantu mereka mencapai puncak dalam Hab Permainan.
Siarkan status
Akhirnya berjaya melepasi bos tahap? Perlukan pendapat tentang pembelian permainan? Terbitkan status di suapan anda dan tag mana-mana permainan untuk menunjukkan kejayaan anda atau sekadar memulakan perbualan.
Nama Samaran
Kini anda boleh memberikan nama samaran kepada rakan supaya mereka mudah dikenali, walaupun jika mereka menukar nama profil.
Berikut ialah beberapa ciri yang telah kami tambahkan. Anda boleh membaca tentang semua kemas kini dalam Kumpulan Beta Komuniti.
Berkongsi di Steam
Tampal pautan ke kandungan Steam atau video YouTube™ ke dalam status atau Perbincangan anda dan ini akan automatik diformatkan untuk menunjukkan imej kecil, nama pengarang dan penerangan. Anda juga boleh berkongsi terus dari halaman butiran kandungan.
Moderator kumpulan
Untuk memudahkan pengurusan kumpulan, kumpulan kini boleh menambah tahap ahli baharu yang dipanggil Moderator.
Rating dari rakan
Rakan yang telah menilai kandungan anda kini dipaparkan bersama jumlah keseluruhan.
Carian perbincangan
Anda boleh mencari dalam kawasan Perbincangan di mana-mana sahaja.
Sila tinggalkan maklum balas tentang pengalaman anda.