Permainan dimenangi, Lelongan Musim Cuti telah tamat.
Sebarang bidaan tertunggak telah dibatalkan dan Gem telah dikembalikan ke inventori anda.
Ada Gem lebih? Gunakannya untuk mencipta Pek Booster Trading Card untuk permainan yang anda miliki.
Pencipta Pek Booster
Buat pek booster daripada lebihan Item Komuniti Steam dalam inventori anda.
Bilakah Lelongan Musm Cuti bermula?
Anda boleh mula membuat bidaan anda sekarang. Pusingan lelongan pertama berakhir pada hari Isnin, 15 Disember, jam 7:45 AM PST dengan pusingan baharu berakhir setiap 45 minit sehingga pusingan lelongan terakhir berakhir pada hari Khamis, 18 Disember, jam 10 AM PST. Satu daripada setiap tajuk akan diberikan kepada pembida tertinggi pada akhir setiap pusingan. Ini bermakna 100 salinan untuk hampir 2,000 tajuk akan dilelong dengan jumlah keseluruhan sehingga 200,000.
Bagaimanakah cara untuk memenangi permainan/lelongan?
Bidaan jumlah Gem tertinggi dalam satu pusingan lelongan antara tarikh di atas untuk menang. Setelah pusingan lelongan bermula pada hari Isnin, pembida tertinggi akan memenangi satu permainan setiap 45 minit dan semua bidaan lain akan dibawa ke pusingan seterusnya.
Bagaimanakah cara membuat Gem Steam?
Anda boleh membuat Gem dengan mengitar semula Item Komuniti Steam daripada Inventori anda. Pergi ke Inventori anda, pilih tab Steam dan pilih "Komuniti" daripada menu juntai bawah untuk melihat item yang layak. Dari situ, anda boleh melihat nilai Gem bagi setiap item dan butang untuk mengitar semula. Selain membida, Gem juga boleh digunakan untuk mencipta Pek Booster Trading Card Steam.
Bagaimanakah cara untuk membida?
Anda memerlukan Gem Steam untuk membuat bidaan, yang boleh diperoleh dengan mengitar semula Item Komuniti Steam daripada Inventori anda. Pilih permainan daripada senarai Lelongan dan masukkan bidaan anda. Gems akan dialih keluar daripada Inventori anda apabila digunakan untuk membuat bidaan dan akan dikembalikan semula ke Inventori anda, jika bidaan dibatalkan.
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan atau membatalkan bidaan saya?
Dari bahagian Bidaan Saya di atas, klik pada bidaan yang ingin dibatalkan. Tindakan ini akan membawa anda ke halaman butiran lelongan permainan tersebut yang membolehkan anda meningkatkan atau membatalkan bidaan anda. Bidaan anda boleh dibatalkan pada bila-bila masa, selagi ia bukan bidaan tertinggi.
Berapa lamakah bidaan saya sah?
Melainkan anda membatalkan bidaan atau menjadi pembida tertinggi dan memenangi permainan, bidaan anda akan dibawa ke pusingan lelongan seterusnya. Setelah semua pusingan lelongan selesai pada Khamis, 18 Disember, 10 AM PST, semua bidaan tertunggak akan dibatalkan dan Gem akan dikembalikan ke Inventori anda.
Bagaimanakah saya tahu jika saya telah menang?
Anda boleh menyemak bidaan semasa, bidaan tertinggi dan bidaan menang anda di bahagian Bidaan Saya di atas. Jika anda memenangi lelongan, anda akan menerimanya sebagai Hadiah yang boleh ditambah ke Pustaka atau Inventori anda. Anda juga akan menerima pemberitahuan e-mel daripada Sokongan Steam.
Apakah item yang boleh saya bida?
Sehingga 2,000 permainan berbeza tersedia untuk dilelong. Item profil khas yang dipanggil Profil Musim Cuti 2014 juga tersedia untuk dilelong.
Apakah yang akan berlaku kepada Gem Steam selepas Musim Cuti tamat?
Gem tidak akan hilang daripada Inventori anda selepas acara Lelongan Musim Cuti tamat. Anda boleh terus membuat dan menggunakannya untuk mencipta Pek Booster.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan lencana Lelongan Musim Cuti 2014?
Lencana Lelongan mempunyai tiga tahap yang berkaitan dengan penyertaan Lelongan. Cipta Gem untuk memperoleh tahap 1, buat bidaan untuk memperoleh tahap 2 dan menangi pusingan lelongan untuk memperoleh tahap akhir.
Bolehkah saya membuat "bidaan maksimum"?
Bidaan anda sepatutnya merupakan jumlah tertinggi yang anda sanggup belanjakan. Steam akan meningkatkan bidaan anda secara automatik sehingga jumlah tersebut untuk memastikan bidaan anda kekal sebagai bidaan tertinggi. Steam tidak akan melebihi jumlah bidaan anda melainkan anda meningkatkannya.
Bolehkah saya memindahkan Gem Steam dan Pek Bookster saya?
Ya, ini merupakan item Inventori Steam yang boleh dipindah milik dengan cara biasa: pertukaran atau menjual di Pasaran Komuniti Steam. Gem Steam hanya boleh diletakkan di Pasaran Komuniti selepas digabungkan menjadi Karung Gem.
Bagaimana jika masalah berlaku?
Valve tidak akan bertanggungjawab atas bidaan atau transaksi yang lewat, tersalah dihantar, tidak dapat diproses dengan betul atau tidak sah. Percubaan untuk berurus niaga atau membida melalui cara automatik mungkin akan disekat atau ditolak. Jika Lelongan Musim Cuti terganggu atas sebarang sebab, Valve berhak, mengikut budi bicaranya, membalikkan transaksi yang tidak sah atau menyediakan alternatif untuk lelongan permainan dan/atau transaksi Gem Steam yang lain.